Pesanan kepada semua kumpulan pengodam di Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca GaySec.

Baru sahaja sebentar sahaja tadi, kami menonton berita utama di TV3, dan kami telah dapati laman sesawang Football Association of Malaysia(fam.org.my) dibicarakan di dalam berita TV3 bahawa FAM telah digodam oleh seseorang atau kumpulan pengodam di Malaysia ini.

Sejak beberapa hari ini, kami ada mendengar dan membaca berita daripada beberapa sumber bahawa terdapat beberapa kumpulan pengodam di Malaysia ini telah salah menggunakan kuasa dan kelebihan bagi mencipta pengaduhan di antara beberapa buah kumpulan pengodam tersebut.

Apa yang kami faham adalah, kumpulan pertama pengodam tersebut telah menggunakan dengan nama samaran 'Tiadaotak' ketika melakukan defacement terhadap beberapa laman sesawang pengodam di malaysia ini yang kini masih tiada siapa lagi yang tahu siapakah beliau yang telah melakukan defacement terhadap beberapa kumpulan pengodam tersebut.

Daripada mesej yang telah ditinggalkan oleh pengodam yang mengelarkan dirinya dengan `TiadaOtak` adalah untuk menyeru atau memberi nasihat ke atas beberapa kumpulan pengodam di Malaysia ini bagi menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk melakukan perkara yang jauh lebih baik daripada melakukan pengodaman yang tidak ada motif, kegunaan dan juga kekacauan terhadap laman sesawang dan juga laman sosial seperti facebook, twitter, dan juga pada Artis di malaysia ini.

Berikut adalah pautan kepada Mesej yang telah ditinggalkan oleh TiadaOtak:

1. http://www.kenahack.com/2012/03/dragonforce-kenahack.html
2. http://www.kenahack.com/2012/03/rcmy-di-deface.html

Jika mengikut pada pandangan GaySec pula, mungkin `TiadaOtak` menggunakan mesej dan ayat tersebut adalah bagi mengelak beberapa kumpulan pengodam di malaysia ini tidak melakukan kerja yang tiada guna atau tidak membawa kepada apa-apa keuntungan, Mungkin jika aktiviti pengodaman yang tidak tentu pasal dilakukan, tidak mustahil jika suatu hari nanti jika dunia siber di Malaysia ini akan jadi seperti Indonesia, di mana pengodam di indonesia banyak menggunakan ilmu dan kelebihan masing-masing bagi melakukan `batu api` dan juga kekecauan di antara negara-negara jiran, malaysia juga termasuk perang siber di antara pengodam Malaysia suatu ketika dulu.


Pengaduhan ini adalah boleh juga kami boleh katakan di antara kumpulan Rilekscrew, dan juga TBD.my.

Seseorang pengodam daripada salah satu kumpulan tersebut telah melakukan kekacauan dan melakukan memprovokasi dengan menggunakan gambar `kahwin` seorang ahli kumpulan TBD.My ketika melakukan defacement terhadap salah satu laman blogger.

GaySec merasakan bahawa ahli kumpulan tersebut telah mengesyaki bahawa salah seorang ahli kumpulan TBD.My tersebut adalah sebagai pengodam yang bernama `TiadaOtak` yang telah melakukan defacement ke atas laman sosial rc.my pada beberapa hari sebelum ini.

Setelah itu, telah berlaku pergaduhan di antara beberapa ahli kumpulan terbabit dan berkemungkinan bawaha salah sesorang ahli daripada dua kumpulan tersebut telah melakukan defacement terhadap laman sesawang fam.org.my bagi melakukan provikasi terhadap kedua-dua kumpulan terbabit.

Apa yang kami ingin menasihatkan disini kepada beberapa kumpulan pengodam di malaysia adalah jangan menggunakan ilmu dan kelebihan yang ada bagi melakukan kekacauan, pergaduhan dan juga menjadi `batu api` dengan melakukan pengodaman terhadap kumpulan lain-lain.

Kami tidak layan dipanggil pengodam, dan kami sendiri tidak pernah mengaku bahawa kami ini adalah pengodam, kerana setinggi-tinggi ilmu yang kami ada, ramai lagi yang jauh lebih tinggi dan hebat daripada kami. Jika di ulangkan balik motif kami wujud di dunia siber ini adalah bagi membantu dan menyedarkan kepada sistem admin, web developer dan juga kepada pengguna dunia internet ini bahawa pentingnya Security atau juga keselamatan di dunia ini.

Kami harap kumpulan terbabit yang bergaduh dapat menyelesaikannya dengan cara yang elok dan baik dan sudah semestinya salah seorang daripada mesti mengalah, biar la apa yang orang nak katakan, asalkan maruah dan diri anda tidak didendam oleh seseorang.

Terakhir, kami(GaySec) adalah tidak ada kena mengena di antara ahli kumpulan terbabit yang telah di nyatakan di atas, kami hanya memberikan pendapat kami kepada ahli kumpulan pengodam terbabit dan juga semua pembaca tentang apa yang kami rasanya dan komen daripada kami. Kami harap kumpulan terbabit dapat menyelesaikannya dengan cara yang baik.

#GaySec 20120330

GaySec Kembali


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelawat GaySec.

Pertama sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali dan menunggu kiriman terbaru daripada pihak GaySec kerana setelah beberapa bulan kami menyepi, akhirnya kami kembali di dalam dunia Maya buat sementara ini. Kami telah lama menyepi kerana kami terpaksa menduduki peperiksaan Sijil Pembelajaran Malaysia(SPM) pada tahun lepas dan menunggu keputusan peperiksaan tersebut, Alhamduliliah, keputusan SPM yang telah kami dapat adalah lulus :).

Selepas ini, kami akan kembali dengan pelbagai lagi acara dan aktiviti yang bakal kami berikan kepada anda semua bagi menyebarkan lagi tentang dunia keselamatan perkomputeran di alam maya ini.

Oh ya, sebelum itu, setelah beberapa bulan kami hilang menyepi, kami mendapati terdapat banyak crew pengodam baru yang lain telah ditubuhkan di alam maya malaysia ini. Walaupun kami bukan pengodam, kami mendapati bahawa pengodaman yang telah dilakukan oleh beberapa puak atau crew yang telah ditubuhkan tersebut berbentuk untuk populariti dan nama di dalam dunia maya siber ini.

Insyallah, jika tiada sebarang halangan, kami akan kembeli memberikan pendedahan lagi tentang dunia keselamatan perkomputeran di malaysia ini :).

Kali ini kami akan lebih berhemah ketika mendedahkan maklumat atau pangkalan data sesebuah laman sesawang atau sistem tersebut, kerana kami sedar, sudah semestinya sesebuah pihak itu tidak akan berpuas hati dengan kami jika kami melakukan `kekacauan` ke atas sistem atau data beliau kepada pihak umum. Niat kami hanyalah untuk menyedarkan bahawa keselamatan dunia komputer di dunia siber ini adalah tersangat penting, jika tidak, negara kita sendiri mungkin akan ditelan dan diserang oleh dunia dan negera luar jika kami masih lagi tidak peka dan tidur tentang keselamatan negara sendiri.

Akhir kata, terima kasih kerana terus bersama kami, kami sayangkan anda semua <3.

Copyleft Gaysec ©. Powered by Blogger.